Minggu, 09 Februari 2014

Manfaat Komputer untuk Pelajar

Komputer banyak mambantu pelajar dalam pendidikannya.
Di Sngapura, penggunaan komputer di peringkat perseokolahan sangat digalakkan. Malah, pemerintah telah banyak membelanjakan wang agar setiap pelajar di Singapura diberi peluang untuk belajar dengan menggunakan komputer. Komputer boleh ditakrifkan sebagai alat elektronik yang menyimpan maklumat pada cakera atau pita bermagnet, menganalisa dan mengeluarkan maklumat selanjutnya apabila diperlukan. Komputer telah banayak mengubah fikiran dan cara pembelanjaran pelajar Singapura. Dengan adanya komputer, para pelajar boleh melungsuri internet untuk mendapatkan informasi terkini. Walaupun demikian, tersapat juga manfaat boleh diraihkan pelajar Singapura dalam membantu proses pendidikan mereka.


Pertama, komputer merupakan jambatan uang menghubungkan para pelajar dengan internet. Internet telah dikenali sebai pemangkin utama dalam membantu para pelajar ketika menimba ilmu. Malah, ia juga dikenali sebagai gedung kepada semua ilmu pengetahuan. Menerusi internet, para pelajar boleh mendapat ilmu pengetahuan dengan masa yang singkat. Mereka juga tidak perlu ke perpustakaan untuk mendapat ilmu pengetahuan. Apa yang yang membantu para pelajar dalam pendidikan ialah komputer dapat berkhidmat dengan pantas untuk mendapatkat maklumat. Mendapatkan matlumat dengan pantas juga merupakan faktor penting dalam menetukan kejayaan seseorang pelajar. Ini kerena pelajar hari ini menghadapi persaingan yang sengit dalam usahanya untuk mendapat markah terbaik.


Selain daripada itu, komputer juga berperanan dalam mempercepatkan proses pembelajaran. Dengan tercipta program pendidikan dalam bentuk cakera padat, para pelajar dapat dibantu dalam memahami sesuatu perkara yang sukar difahamkan. Cakera padat dapat yang berorientasikan pendidikan dicipata dengan tujuan membantu para pelajar dalam memperbaiki tahap pemahaman mereka mengenai topik-topik yang dipelajari di dalam kelas. Cakera padat ini hanya boleh digunakan menerusi komputer. Contohnya, baru-baru ini kementerian Pendidikan telah mengeluarkan cakera padat bertajuk ‘Little Rede Dot’. Cakera padat ini dicipta untuk mengajar pelajar Singapura mengenai bagaimana Singapura dapat mengekalkan daya saingnya di dalam era globalisasi yang penuh pancaroba. Menerusi program ini, para pelajar dapat manfaat daripada kegunaan komputer dari segi mempercepatkan proses pembelajaran.


Seterusnya, komputer juga boleh digunakan untuk membuat nota dengan lebih teratur dan ringkas. Setiap isi yang disalin ketika belajar di dalam kelas boleh ditaipkan semula dengan cepat. Kini, terdapat juga program komputer yang berbentuk peta minda. Menerusi komputer. Pembikinan nota menerusi komputer lebih teratur daripada membuat nota secara meneulis. Ini kerana setiap huruf yang ditaip telah dijaga menerusi program komputer dan ini membuat setiap baris yang ditaip nampak lurus dan teratur. Ini akan membantu para pelajar mudah untuk menelaah mata pelajarannya dengan berkesan.